Politeknik AI pertama negara di Lumut dalam perancangan

Dari Penulis

PERANCANGAN mewujukan sebuah politeknik baharu di Lumut, Perak yang mengkhususkan bidang kecerdasan buatan (AI) bertujuan mempersiapkan bakat baharu tempatan yang berkemahiran tinggi bagi menampung keperluan industri.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Datuk Dr Mohd Zahari Ismail berkata cadangan menubuhkan Polikteknik Lumut itu antara projek yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) sekali gus menjadikan ia politeknik AI pertama di Malaysia.

“Politeknik Lumut ini akan memberi fokus kepada AI, ia dalam perancangan insya-Allah akan dilaksanakan dan ketika ini masih di peringkat awal.

“Kita baru mengadakan lawatan lapak di Lumut pada dua minggu lepas,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK) 2025 di Politeknik Seberang Perai (PSP) di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan sebanyak tiga kursus elektif baharu diperkenalkan pada sesi 2024/2025 di politeknik iaitu Responsible AI and Ethics, AI and Digital Transformation serta AI Strategy and Business Models, bagi menyokong penyediaan bakat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selaras agenda pendigitalan negara.

Selain AI, beliau berkata fokus turut diberikan terhadap bidang elektrik dan elektronik (E&E) dengan kira-kira 12,000 pelajar dikeluarkan setahun dalam bidang berkenaan yang diperkasakan dengan persijilan profesional supaya menepati kehendak industri.

Beliau berkata sehingga kini hampir 70 peratus kursus di politeknik dan kolej komuniti telah menggunakan teknologi digital dan pihaknya menyasarkan 100 peratus kursus menggunakan teknologi digital pada tahun ini menerusi pembangunan makmal virtual bagi kursus amali dan bengkel.

Ketika ini, sejumlah 98,135 pelajar telah mendaftar di 36 politeknik dan 106 kolej komuniti di seluruh negara dan pihaknya menyasarkan untuk mencapai 100,000 pelajar pada tahun ini sekali gus menjadi penyedia TVET terbesar dalam negara iaitu sebanyak 40 peratus.
— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This