Tol 50 peratus: Keputusan diterima ramai, secara tersirat kedudukan kewangan kerajaan baik – Akademik

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEPUTUSAN kerajaan untuk memberikan potongan harga tol sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025 wajar disambut dengan penuh rasa gembira oleh rakyat secara keseluruhannya.

Hal ini kerana keputusan yang membuatkan ramai pihak menarik nafas lega itu bakal memberi implikasi kewangan sebanyak RM20.08 juta kepada kerajaan.

Namun begitu, situasi ini secara tersirat membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki kedudukan kewangan yang baik kesan langsung daripada beberapa keputusan sukar.

Antaranya sudah pasti keputusan untuk melaksanakan penyasaran subsidi elektrik dan diesel yang disifatkan sebagai ‘besar’.

Memperkuatkan lagi kenyataan itu adalah kejayaan membawa masuk pelaburan asing yang mencecah RM329.5 bilion – tertinggi dalam sejarah negara pada 2023, selain kenaikan nilai dagangan RM2.879 trilion – rekod tertinggi pada 2024.

Susulan daripada itu, Pensyarah Kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob menegaskan, bantuan daripada kerajaan itu wajar dihargai meskipun hanya melibatkan potongan 50 peratus.

“(Keputusan untuk memberi potongan tol ini) okey, pada dasarnya kita boleh terima.

“Sesiapa yang menyambut perayaan, dia akan merayakan, mungkin bukan semua yang terlibat tapi oleh kerana sekarang cuti sekolah ramai yang akan keluar untuk bercuti.

“Bagi saya potongan ini better then nothing, kalau boleh jangan kerajaan bayar, mungkin boleh buat potongan cukai bagi penyelia perkhidmatan tol, ini lebih baik,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: Warga emas tampar kakitangan Puspakom didenda RM1,600

Kerajaan hari ini bersetuju memberikan potongan tol 50 peratus sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia akan dilaksanakan bermula pukul 12.01 tengah malam pada 27 Januari 2025 dan berakhir pada pukul 11.59 malam 28 Januari 2025.

Katanya, potongan diberikan untuk kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Alexander menambah, implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol dianggarkan berjumlah RM20.08 juta.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This