Projek penjanaan elektrik dirancang atas masalah bekalan elektrik di Sabah – TPM Fadillah

Dari Penulis

BEBERAPA projek penjanaan elektrik yang besar sedang dirancang bagi mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah, sekali gus meningkatkan rezab margin bekalan itu sehingga 30 peratus menjelang 2030, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh Energy Commission of Sabah (ECoS), antara projek yang dirancang adalah pembelian tenaga dari Sarawak pada tahun ini.

Selain itu, katanya projek yang dirancang termsuk pembangunan loji janakuasa baharu berkapasiti 100MW pada 2026 dan 2027, serta pembangunan ladang solar berskala besar berkapasiti 100MW pada tahun depan.

“Dengan pendekatan strategik oleh kerajaan Sabah untuk meningkatkan kapasiti penjanaan, kerajaan Persekutuan percaya masalah bekalan elektrik di Sabah dapat dikurangkan,” katanya berucap pada Program Sabah Electricity Bersama Komuniti serta Rumah Terbuka Krismas 2024 dan Tahun Baharu Cina 2025 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai, dan Pengerusi Sabah Electricity Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) juga telah memperuntukkan sebanyak RM102.9 juta untuk pelaksanaan dan penyiapan projek-projek pengukuhan perkhidmatan bekalan elektrik di Sabah tahun ini.

“Selepas penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik di Sabah ini, saya berharap agar kerajaan negeri akan sentiasa komited dalam menangani masalah berkaitan perkhidmatan bekalan elektrik, sekali gus memenuhi peningkatan permintaan elektrik di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan khususnya PETRA bersedia untuk bekerjasama dan membimbing sekiranya Sabah memerlukan bantuan serta khidmat nasihat.

“Kerajaan Persekutuan juga komited dan menyokong agenda pembangunan penjanaan elektrik di Sabah bagi memastikan rakyat menerima manfaat di samping sistem pembekalan elektrik yang lebih stabil dan terjamin. 

“Seperti yang dipersetujui, jumlah siling indikatif subsidi daripada kerajaan Persekutuan kepada Sabah Electricity bagi 2024 hingga 2030 adalah sebanyak RM3.54 bilion. Ia merangkumi subsidi bahan api, subsidi solar berskala besar, subsidi sokongan tarif, dan subsidi Tenaga Boleh Baharu (FiT),” tambahnya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita putus kaki kiri Proton X70 terbabas langgar pembahagi jalan di LPT2

SEORANG wanita putus kaki sebelah kiri sebelah kereta jenis Proton X70 dinaikinya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer...

More Articles Like This