SERAMAI 13 penuntut universiti akan memberi keterangan kepada pihak polis susulan penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan pusat beli-belah terkemuka, Sabtu lalu.
Memetik laporan Sinar Harian Online, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman memaklumkan, kesemua 13 penuntut universiti itu akan hadir dirakam keterangan bagi membantu siasatan penganjuran himpunan tersebut.
Menurut beliau, kesemua mereka telah diberi pemakluman memberi keterangan, esok.
“Mereka dijangka akan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada esok (Ahad),” katanya ringkas.
Baca artikel lain: Himpunan 1,000 pesawah tukar lokasi ke pekarangan KPKM
Terdahulu media melaporkan penganjur perhimpunan memaklumkan mereka menerima panggilan daripada pihak polis pada Jumaat bagi diambil keterangan.
Senarai nama melibatkan 13 orang penuntut universiti telah diberikan oleh pihak polis.
Kesemua pelajar itu dikehendaki memberi keterangan di IPD Dang Wangi pada Ahad ini, jam 1 petang.
Dalam perhimpunan itu, kira-kira 200 peserta telah berarak dari pusat beli-belah terkemuka hingga ke Dataran Merdeka.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

