KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat Al Quds Umrah & Tours (M) Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Jan lepas.
Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Roslan Abdul Rahman berkata, tindakan tersebut selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
“Kementerian ini memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusaha pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, MOTAC menggantung lesen syarikat berkenaan bermula 9 Julai 2024 hingga 19 Jan 2025.
Dilaporkan syarikat terbabit terpalit dengan kes penipuan umrah dan setakat ini, kebanyakan mangsa masih menunggu untuk mendapatkan pampasan mereka.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

