PEMANDU Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Hulu Langat-Ampang, sehingga meragut nyawa seorang pelajar cemerlang akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pemandu lelaki berusia 27 tahun telah ditahan semalam dan permohonan reman telah dibenarkan selama satu hari sahaja.
“Pemandu Alza akan dibebaskan dengan jaminan polis.
“Saringan ujian air kencing mendapati negatif dadah dan tiada sebarang rekod lampau jenayah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Jelasnya, punca kemalangan masih dalam siasatan dan pihak polis masih menunggu laporan dari Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) serta Jabatan Kimia.
UtusanTV semalam melaporkan, seorang penuntut cemerlang bidang perakaunan yang pernah mendapat tempat kedua peringkat dunia dalam peperiksaan Program Asas Perakaunan (FIA) Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), maut dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang.
Mangsa dikenali sebagai Aysar Zahran Saiful Alimin, 20, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dirempuh Alza yang memasuki laluan bertentangan dalam kejadian kira-kira 4.45 petang kelmarin.
Turut terlibat dalam kemalangan itu ialah tiga buah motosikal dan sebuah Perodua Bezza yang dalam perjalanan dari Hulu Langat ke Ampang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Narolhisyam Endi di talian 019-5897115.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

