Kerajaan, pembangkang perlu bersatu tangani fitnah dalam talian

Dari Penulis

KERAJAAN dan pembangkang perlu bersama-sama memikirkan serta mencari kaedah berkesan bagi membendung budaya fitnah serta hasutan dalam talian dan di media sosial yang semakin berleluasa.

Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata kedua-dua blok perlu berganding bahu mencari penyelesaian terbaik kerana budaya fitnah serta hasutan jika dibiarkan boleh menjejaskan perpaduan di negara ini.

“Kerajaan perlu bersikap tegas dalam perkara ini (budaya fitnah) dan proaktif untuk memberikan maklumat yang betul serta dipercayai.

“Pembangkang juga perlu seiring, mereka perlu memainkan tanggungjawab untuk mengekang perkara ini demi keamanaan di negara kita,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 semalam, menzahirkan kebimbangan dengan budaya itu yang menyebabkan rakyat keliru, bermusuhan dan berpecah-belah.

Noor Nirwandy berkata selain kerajaan, rakyat juga perlu memainkan peranan dengan tidak mudah menyebar fitnah dan hasutan kerana tindakan undang-undang pasti menanti.

Lee berkata penting untuk mengambil iktibar daripada peristiwa seperti tragedi 13 Mei yang menekankan usaha memupuk keharmonian penting untuk perpaduan dan kemakmuran Malaysia.

“Kita mesti belajar daripada sejarah untuk memastikan insiden seperti itu tidak berulang. Perpaduan sejati hanya boleh dicapai dengan mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian kita,” katanya.

Beliau juga menggesa kerajaan menguatkuasakan undang-undang sedia ada dan mempertimbangkan penggubalan undang-undang baharu jika perlu, untuk menangani ucapan kebencian dengan lebih berkesan.

Mengenai pertubuhan itu, Lee menyatakan ia menyumbang secara positif dengan menasihati kerajaan mengenai strategi berkesan untuk memupuk keharmonian dan mengukuhkan lagi perpaduan negara.

Selain itu, beliau menggalakkan generasi muda supaya lebih bijak dan selektif dalam penggunaan media sosial.

“Saya harap generasi muda belajar menjadi selektif dengan media sosial, mengambil perkara yang baik dan meninggalkan apa sahaja yang menyebarkan kebencian atau perpecahan.

“Menjadi matang, bermakna memahami perkara yang dapat mengukuhkan negara dan perpaduan kita. Keamanan Malaysia bergantung kepadanya dan sebagai pemimpin masa depan, belia kita mempunyai peranan penting,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This