POLIS kini memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah rumah di kawasan Bandar Baru Bangi, pada hari Sabtu, pukul 7.47 malam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki Melayu berusia 38 tahun.
Beliau berkata, pengadu menyatakan rumah ibu mentuanya telah dipecah masuk dan dua bentuk cincin telah dicuri.
“Pemeriksaan kamera litar tertutup telah menampakkan wajah suspek yang dipercayai lelaki dengan bangsa tidak pasti telah melakukan jenayah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Jelaasnya, suspek kini sedang giat dikesan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Norliza Sarini di talian 013-3843868.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

