Johor dilanda banjir, tiga PPS dibuka di Kota Tinggi

Dari Penulis

JOHOR dilanda banjir dengan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Tinggi susulan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata sebanyak 349 mangsa daripada 104 keluarga terjejas akibat bencana itu ditempatkan di PPS berkenaan setakat pukul 4 petang tadi.

“PPS yang diaktifkan ialah Dewan Muafakat Taman Desaru Utama dengan 183 mangsa, Dewan Kampung Baru Sungai Mas (34) dan Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar 1 (132).

Baca artikel lain: Banjir di Bintulu hampir pulih, beberapa kawasan masih dipantau

“Kawasan yang terjejas melibatkan Taman Desaru Utama, Kampung Baru Sungai Mas dan Taman Penawar Harmoni,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, stesen Sungai Sedili Kecil di Sedili Kecil, Kota Tinggi dilaporkan berada pada paras amaran iaitu dengan bacaan 2.20 meter.

Beliau berkata keadaan cuaca di 10 daerah di Johor diramalkan mendung petang ini.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

162 bekas tentera wanita disaring, hanya 16 dipilih warden MRSM

SERAMAI 162 calon warden wanita Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam kalangan bekas tentera telah pun menjalani sesi saringan,...

More Articles Like This