PH-BN siap sedia jadi ‘kerajaan menanti’ di Kedah

Dari Penulis

GANDINGAN Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersiap sedia untuk menjadi ‘kerajaan menanti’ di Kedah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya dan BN akan berusaha untuk meraih sokongan rakyat di negeri Kedah.

Beliau berkata, PH dan BN Kedah telah mengadakan perbincangan bagi memposisikan diri sebagai pembangkang yang efektif.

“Pertemuan baru-baru ini, kami mengambil kesempatan untuk berbincang tentang bagaimana kami di Kedah boleh memposisikan diri kami sebagai pembangkang yang boleh dipercayai dan efektif.

“Pada masa sama mempersiapkan diri untuk menjadi ‘goverment in waiting’ (kerajaan menanti),” katanya seperti dilapor Sinar Harian Online, hari ini.

Baca artikel lain: PRN Sabah: UMNO Sabah akan cuba berganding dengan PH

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri ditemui pemberita ketika hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Prospek dan Keluarga Sempena Sambutan Hari Thaipusam di Penjara Sungai Petani pada Selasa.

Terdahulu, beliau mengesahkan dilantik ke jawatan Pengerusi PH Kedah bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar yang menggalas tanggungjawab itu sejak 2022.

“Secara konsensus, PH Kedah telah memilih Saifuddin Nasution sebagai Pengerusi PH yang baru menggantikan Datuk Mahfuz dalam mesyuarat diadakan pada 7 Februari lalu,” katanya.

Apabila ditanya, adakah pelantikan beliau menguatkan desas-desus akan terus bertanding mana-mana kerusi di Kedah, Saifuddin berkata, perkara itu masih terlalu jauh dan memfokuskan kepada mengetuai parti terlebih dahulu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This