Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan

Dari Penulis

SIASATAN kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, siasatan dijalankan menyeluruh merangkumi merekodkan keterangan prospek dan pegawai penjara yang bertugas pada hari kejadian.

Saifuddin Nasution berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen juga telah memanggil Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberikan maklum balas berkaitan insiden terbabit.

“Pada masa sama Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus turut menghubungi saya untuk menyatakan hasrat mereka berjumpa dengan pihak terlibat.

“Kita (KDN) akan beri kerjasama penuh, tetapi proses ini perlu dilakukan secara tertib dan berperingkat. Apa yang penting Jabatan Penjara sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan baik dan memberi kerjasama penuh kepada semua pihak berkepentingan dalam menyiasat insiden ini,” katanya.

Baca artikel lain: Curi van jenazah nak bayar hutang Ah Long, 2 beradik dipenjara 6 bulan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Prospek Sempena Hari Thaipusam dan Lawatan Kerja ke Penjara Sungai Petani, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes kematian di Penjara Taiping itu pada 17 Januari lepas dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, majlis hari ini diserikan dengan kehadiran 102 prospek dan ahli keluarga termasuk dari Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Ketil dekat sini.

Saifuddin Nasution berkata program seumpama itu dapat meningkatkan motivasi prospek lain kerana dapat melihat bahawa kelakuan baik diberi penghargaan, sekali gus memberi dorongan kepada mereka untuk berusaha memperbaiki diri.

“Program ini diharap dapat memberi peluang kedua kepada prospek, membuktikan bahawa penjara bukan sekadar tempat hukuman, tetapi juga tempat pemulihan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This