Tindakan Israel di Palestin adalah ‘projek kolonisasi’, kata Anwar

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu “projek kolonisasi” atau “penjajahan” dan mempersoalkan keabsahan rundingan selagi pendudukan berterusan.

Bercakap pada sidang media bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Anwar menekankan bahawa Malaysia akan meneruskan usaha menyokong Palestin, namun memberi amaran terhadap gerakan diplomatik dangkal yang gagal menangani punca utama konflik.

“Dan ini membawa kita kembali kepada isu utama Gaza dan Palestin. Kami akan terus berusaha, tetapi kami bukan sekadar mengikut arus. Anda dapat melihat tindakan berkecuali dan pelbagai persoalan yang timbul. Bagi saya, ini adalah satu projek kolonisasi,” katanya.

Beliau mengkritik keengganan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas, sambil menegaskan bahawa rundingan tidak akan membawa hasil selagi Israel mengekalkan penjajahannya ke atas wilayah Palestin.

“Maksud saya, berapa banyak rundingan yang boleh dilakukan apabila penjajah belum berundur?” soalnya.

Baca artikel lain: Malaysia, Turkiye iktiraf Perjanjian MTFTA, perluasan pada 2024

Anwar turut menekankan perampasan sistematik terhadap rakyat Palestin, sambil menegaskan bahawa isu itu bukan sekadar berkaitan politik semata-mata, tetapi juga hak pemilikan asas.

“Isu ini bukan hanya bersifat politik…ia juga berkaitan dengan tanah, rumah dan harta benda. Terdapat dua perkara utama di sini. Pertama, bantuan kemanusiaan segera. Namun, kita juga perlu berusaha ke arah penyelesaian jangka panjang yang adil,” tambahnya.

Malaysia terus menjadi penyokong lantang hak rakyat Palestin dan bekerjasama dengan Turkiye serta rakan antarabangsa lain bagi menangani krisis itu.

Terdahulu, Erdogan menyaksikan pertukaran 11 Memorandum Persefahaman (MoU) antara Turkiye dan Malaysia yang merangkumi bidang utama seperti peralihan tenaga, pengurusan bencana, pertahanan, perdagangan dan kerjasama media.

Pemimpin Turkiye itu tiba di Malaysia pada Isnin untuk lawatan rasmi dua hari atas undangan Anwar.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This