PELAWAK Ajak Shiro bersama anggota bomba berjaya memujuk seorang lelaki yang cuba membunuh diri dari tingkat 11 Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Jalan Sultan Salahuddin, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 10.23 pagi tadi oleh pemanggil yang merupakan individu yang ingin membunuh diri.
Panggilan tersebut telah dijawab oleh Pegawai Bomba Azaha Yasim yang kemudian bertindak memujuk mangsa selama kira-kira 30 minit menerusi perbualan telefon.
“Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul serta Hartamas telah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Lelaki berusia 49 tahun itu memohon untuk bercakap pelawak Ajak Shiro.
“Bomba berjaya menghubungi selebriti tersebut sebelum menyambungkan talian kepada lelaki terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati lelaki tersebut berada di hujung bangunan di tingkat 11.
Katanya, bomba mengalami kesukaran untuk mendekati lelaki terbabit kerana bersenjatakan parang.
“Lelaki terbabit berjaya dipujuk dalam masa satu jam oleh bomba dengan bantuan Ajak yang hadir ke lokasi kejadian dan telah diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” ujarnya.
Jelasnya, motif kejadian dipercayai kerana lelaki terbabit mengalami masalah tekanan hidup.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

