PENGERUSI Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan diumumkan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor yang baharu.
Pelantikan itu diputuskan menerusi mesyuarat PH Johor yang telah diadakan semalam bagi menyusun semula kepimpinan negeri sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ketua Penerangan PH Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memaklumkan, Aminolhuda yang juga Ahli Parlimen Sri Gading juga dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PH Johor.
“Mesyuarat tersebut telah menyusun semula kepimpinan PH Johor bagi memastikan hala tuju parti lebih mantap.
“Selain itu penyusunan semula ini diharap dapat mempersiapkan jentera menghadapi pilihan raya dengan lebih tersusun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: 247 sekolah agama swasta di Johor belum didaftarkan
Mesyuarat itu turut menyaksikan beberapa perubahan dalam struktur kepimpinan PH Johor, iaitu jawatan Timbalan Pengerusi kini disandang oleh Pengarah PKR Johor merangkap Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, serta Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching.
Selain itu, Idris Jiat dilantik sebagai Setiausaha, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, S Gopalakrishnan sebagai Bendahari, manakala Sheikh Umar sendiri kekal sebagai Ketua Penerangan.
Sementara itu, Sheikh Umar berkata, PH Johor turut mengumumkan pelancaran program RAHMAH JOHOR iaitu inisiatif bagi membantu rakyat dan memperkukuh hubungan antara kaum.
Katanya, program tersebut akan mula digerakkan sepanjang tahun bermula Ramadan nanti di semua daerah dalam negeri itu.
“PH Johor komited membawa agenda reformasi dan kesejahteraan rakyat Johor bagi memastikan gerak kerja yang tersusun dalam menghadapi cabaran politik akan datang,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

