SEBANYAK 247 Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) di negeri Johor dikesan belum didaftarkan sehingga kini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islamnya, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, IPIS yang beroperasi tanpa didaftarkan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.
Jelas beliau, tujuan utama pendaftaran adalah bagi memastikan institusi berkenaan diurus tadbir dengan baik, menyediakan guru bertauliah bagi membolehkan kebajikan pelajar serta kakitangan dibela.
“Kerajaan Johor menyedari dan menghargai peranan yang dimainkan oleh mana-mana individu atau organisasi bukan kerajaan dalam menyumbang perkembangan pendidikan Islam namun institusi yang ditubuhkan wajib didaftarkan.
“Terdapat 25 IPIS yang sedang melengkapkan proses pendaftaran manakala 247 lagi yang diketahui sedang beroperasi namun dikesan belum memulakan sebarang proses pendaftaran,” katanya, hari ini.
Baca artikel lain: SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri menggesa kesemua 247 IPIS itu untuk segera mendaftar sebagaimana digariskan Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (EPSAI) 1991.
“Pendaftaran boleh dilakukan melalui mana-mana Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) di seluruh negeri Johor.
“Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana individu atau organisasi bukan kerajaan untuk mematuhi peraturan ini demi menjaga kesucian agama Islam yang menjadi tanggungjawab semua pihak,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

