JEMiSys bantu optimumkan operasi pemain barang kemas, sediakan perisian dan integrasi sistem

Dari Penulis

23 tahun bertapak dalam pembangunan perisian dan integrasi sistem, JEMiSys sedar akan keperluan industri dalam memastikan pengurusan operasi secara keseluruhan berjalan dengan lebih cekap dan seiring dengan teknologi terkini.

Memposisikan syarikat sebagai peneraju dalam penyelesaian teknologi khusus untuk industri barang kemas, perisian yang dibangunkan ini memudahkan operasi, meningkatkan pengalaman pelanggan, dan memastikan ketelusan serta kepercayaan dalam perdagangan emas dan perhiasan.

Pengarah JEMiSys Technologies Sdn. Bhd., Ted Chow berkata, perniagaan barang kemas cukup berisiko tinggi dan memerlukan pemantauan rapi daripada segi pengurusan serta perakaunan.

“Industri barang kemas berisiko kerugian jutaan ringgit dalam setahun kerana masalah operasi dan kesilapan dalam pengurusan. Perisian ini membantu perniagaan barang kemas agar lebih efisien dan sekaligus mengurangkan ‘human error’.

“Sebelum perisian ini dibangunkan, mereka terpaksa masukkan semua maklumat secara manual dan ia mengambil masa yang lama dan sukar untuk mengenalpasti kesilapan atau kehilangan sesuatu produk.

“Namun dengan perisian ini, mudah untuk ‘track’ kesalahan daripada segi harga, diskaun dan simpanan stok kerana semuanya telah direkodkan dan diintegrasikan secara keseluruhan dari kilang hingga peruncit. Mudah untuk diakses dan diaudit.

“Sistem ini juga membantu menyediakan e-inovice bagi membolehkan perniagaan menyerahkan invois secara elektronik kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN),” katanya ketika ditemui.

Sentiasa menaiktaraf perisian sesuai dengan keperluan teknologi dan sesebuah perniagaan, jelas Ted, fokus JEMiSys kini bagi membantu peniaga barangan kemas menaiktaraf kecekapan pengurusan.

“Sebelum ini, pelanggan kami terdiri daripada beberapa rangkaian kedai barang kemas di Malaysia seperti Habib Jewels dan DeGem, namun kami turut menyediakan sistem pemula untuk pemilik kedai emas kecil-kecilan dengan harga yang lebih mampu milik.

“Kami menawarkan integrasi menyeluruh dan automasi pintar. Sistem JEMiSys disepadukan dengan e-dagang, perakaunan, serta automasi harga emas berdasarkan pasaran semasa, yang membolehkan perniagaan menguruskan operasi mereka dengan lebih cekap.

“Dari segi pematuhan dan keselamatan, kami memastikan perniagaan pelanggan kami mematuhi piawaian hallmarking dan peraturan tempatan. Tambahan pula, ciri keselamatan seperti kawalan akses pengguna dan penyulitan data membantu melindungi aset perniagaan mereka.

“Teknologi kami juga berasaskan awan (cloud-based) walaupun Pelanggan-Pelayan (Client- Server), membolehkan pemilik perniagaan memantau operasi dari mana-mana sahaja. Pada masa yang sama, antaramuka mesra pengguna kami memudahkan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran teknikal untuk menggunakan sistem dengan lebih mudah.

“Apa yang boleh saya pastikan, kadar kecekapan akan meningkat sebanyak 80 peratus, malah kos tenaga buruh juga dapat dikurangkan,” tambahnya lagi yang turut menawarkan sokongan premium dan penyelesaian yang boleh disesuaikan.

Sentiasa tujuh langkah ke hadapan dalam inovasi teknologi, jelas Ted, syarikatnya menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) bagi membantu syarikat barang kemas meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kehilangan barang, dan memastikan pengurusan stok lebih sistematik.

“JEMiSys telah mengintegrasikan teknologi RFID dalam sistem pengurusan inventori untuk meningkatkan kelajuan di mana RFID membolehkan pengimbasan serentak ke atas ratusan item dalam masa beberapa saat.

“Ia juga membolehkan pemilik menjejaki lokasi barang secara masa nyata (real-time) kerana setiap barang kemas mempunyai tag RFID unik.

“Selain itu, RFID dihubungkan dengan JEMiSys POS & ERP bagi membolehkan pemantauan pergerakan stok dengan lebih sistematik,” tambahnya lagi.

Kini dalam proses permohonan perisian patuh syariah, kata Ted lagi, ini merupakan sumbangannya kepada masyarakat bagi membantu memudahkan lagi pengurusan jual beli yang lebih telus.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

JCL Credit Leasing Perkukuh Inovasi Digital dengan AI Voice Agents AI Rudder, Majukan Industri Pembiayaan Pengguna Malaysia

JCL Credit Leasing Sdn Bhd (JCL), sebuah syarikat pembiayaan pengguna yang dikawal selia di Malaysia, dan AI Rudder, penyedia...

More Articles Like This