PETRA lancar Buku Jadual Kadar Harga Jabatan Bekalan Air

Dari Penulis

KEMENTERIAN Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini melancarkan Buku Jadual Kadar Harga (JKH) Jabatan Bekalan Air (JBA) bagi membantu agensi kerajaan merancang kewangan dan melaksanakan skop kerja bekalan air.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata buku berkenaan yang diluncurkan ketika perhimpunan bulanan kementerian itu pagi tadi adalah rujukan dalam penyediaan Anggaran Kos Awalan dan kawalan kos bagi setiap projek yang akan dilaksanakan oleh JBA.

Selain itu, beliau berkata buku berkenaan menetapkan peruntukan dan perbelanjaan kerajaan bagi penyediaan infrastruktur bekalan air kepada seluruh rakyat Malaysia.

“JKH JBA juga boleh dijadikan sebagai rujukan utama kepada pelbagai agensi kerajaan yang lain. Tahniah JBA, Bahagian Kewangan dan Perolehan PETRA serta semua pihak yang terlibat dalam penghasilan buku ini,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Baca artikel lain: Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Februari ini

Menerusi hantaran itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Tenaga (SOME) di Langkawi dari 22 hingga 24 Jan lepas, serta Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (BPSA) atas penganjuran Program Pemukiman PETRA Tahun 2025 pada 6 Feb.

Selain itu, beliau mengucapkan selamat bertugas kepada Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Sektor Tenaga Mareena Mahpudz yang dilantik berkuat kuasa 3 Feb lepas dan pengganti beliau Anuar Zaki Bakar sebagai Setiausaha Bahagian (SUB) Bekalan Elektrik, serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Tenaga (ST) yang baharu, Siti Safinah Salleh.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This