BEKAS Perdana Menteri Thailand dan penasihat tidak rasmi kepada Pengerusi ASEAN Thaksin Shinawatra, hari ini mengadakan lawatan kerja sehari ke tiga wilayah selatan Thailand dalam usaha mencari penyelesaian kepada konflik yang telah lama berlarutan di wilayah itu.
Thaksin berkata lawatan ini susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.
Menurut Thaksin, Malaysia selaku pengerusi ASEAN dan Anwar sangat mengutamakan usaha mencapai kedamaian di wilayah selatan Thailand.
“Maka hari ini, saya turun untuk melihat sendiri keadaan di sini, meneliti isu-isu yang ada dan mendengar suara rakyat,” katanya kepada media tempatan, hari ini.
Terdahulu, Thaksin yang diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Phumtham Wechayachai, serta Menteri Keadilan, Tawee Sodsong, tiba di lapangan terbang di sini dan disambut oleh Speaker Dewan Perwakilan Thailand, Wan Muhammad Noor Matha.
Katanya sebagai penasihat tidak rasmi Pengerusi ASEAN, beliau bertekad menyelesaikan konflik berkenaan dan percaya bahawa rundingan adalah jalan terbaik.
Beliau turut menyatakan harapan untuk melihat rundingan diteruskan di semua peringkat untuk mencapai kedamaian.
Lawatan ini merupakan kunjungan pertama Thaksin sejak dilantik sebagai penasihat tidak rasmi Pengerusi ASEAN, dan juga lawatan pertamanya ke wilayah itu selepas lebih 20 tahun sejak kerajaan pimpinannya dijatuhkan pada 2006.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

