Menteri tidak mahu ada mahasiswa terpaksa ‘ikat perut’, berlapar

Dari Penulis

‘SAYA tidak mahu ada mahasiswa yang terpaksa ikat perut, berlapar atau mengorbankan keperluan asas semata-mata untuk meneruskan pengajian’.

Demikian tegas dan tekad Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyentuh mengenai kebajikan mahasiswa, khususnya dalam menghadapi cabaran kos sara hidup semasa.

Menurut beliau, Dapur Siswa MADANI diperkenalkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merupakan satu inisiatif bagi memastikan kebajikan mahasiswa sentiasa terpelihara.

“Inisiatif ini bertujuan membantu pelajar yang berdepan kesukaran kewangan agar mereka dapat memperoleh makanan secara percuma dan tidak perlu menanggung beban sehingga menjejaskan kehidupan serta tumpuan terhadap pengajian,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas berkesempatan bersama mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) merasmikan pelaksanaan Dapur Siswa MADANI di kampus universiti.

Jelas beliau, komitmen universiti dalam memastikan tiada mahasiswa yang tercicir daripada menerima bantuan yang sewajarnya sangat dihargai.

Untuk itu beliau menasihati seluruh mahasiswa supaya tidak memendam atau berasa segan jika ada yang berdepan apa jua masalah terutama berkaitan kewangan sehingga menjejaskan keperluan harian termasuk makanan.

“Berhubunglah dengan pihak universiti masing-masing. Banyak saluran bantuan disediakan dan pihak universiti sentiasa bersedia membantu.

“Saya tidak mahu ada mahasiswa yang terpaksa mengikat perut, berlapar atau mengorbankan keperluan asas semata-mata untuk meneruskan pengajian,” tambahnya.

Beliau turut mengingatkan mahasiswa mengenai fokus utama mereka iaitu untuk belajar, menimba ilmu dan membina masa depan.

“Soal kebajikan, kita akan berusaha sedaya upaya untuk membantu.

“Tiada mahasiswa yang seharusnya tercicir atau berdepan kesukaran bersendirian,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This