Norza sah pertahan jawatan Presiden MOM

Dari Penulis

TAN Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2025-2029 pada Mesyuarat Agung Tahunan MOM ke-44 pada 19 April ini.

“Ya, saya akan mempertahankan kerusi presiden,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangai Perjanjian antara MOM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) di Shang-Ri La, Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Tan Sri Hamidin Mohd Amin pula enggan memberikan sebarang komen sama ada untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden MOM atau tidak, pada pemilihan kali ini.

Baca artikel lain: Norza dilantik presiden kehormat seumur hidup BAM

Selain dua jawatan tertinggi itu, pemilihan turut terbuka bagi jawatan lima naib presiden, seorang setiausaha agung dan dua penolongnya, selain beberapa lagi kekosongan jawatan.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza turut mengumumkan badang negara Mohamad Aniq Kasdan dan perenang negara Khiew Hoe yean sebagai dua penerima pertama Dana Pendidikan atlet MOM masing-masing berjumlah RM10,000 setahun, sehingga tamat pengajian.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This