JIM Johor hantar pulang 223 PATI, perketat penguatkuasaan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) Johor telah menghantar seramai 223 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara ke negara asal sepanjang minggu ini.

JIM dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook memaklumkan, kesemua tahanan yang dihantar pulang telah menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan imigresen sebelum dipindahkan ke negara masing-masing.

Daripada jumlah tersebut, 131 tahanan merupakan warga Indonesia, diikuti Myanmar (44), Bangladesh (19), Thailand (10), Vietnam (10) serta India (9).

Proses pemindahan warga asing ini diuruskan oleh Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian, dengan menggunakan pelbagai laluan seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal Feri Stulang Laut di Pasir Gudang, serta Terminal Feri Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Melaka.

Setakat ini, Depot Imigresen Pekan Nanas telah menghantar pulang seramai 1,178 tahanan, menjadikannya rekod tertinggi yang dicapai oleh depot tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This