Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang pagi ini

Dari Penulis

MANGSA banjir di Sabah kekal 350 orang daripada 102 keluarga setakat 8 pagi ini yang masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Telupid.

Berdasarkan kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, sebanyak enam kampung masih terjejas banjir di kawasan pedalaman Sabah itu.

“Sebanyak 42 orang daripada 14 keluarga berada di Balai Raya Maau Kampung Kiabau dan 89 orang daripada 23 keluarga di Dewan Kampung Rancangan Nangoh,” menurut kenyataan itu hari ini.

Dewan Kampung Bambangan pula menempatkan 92 orang daripada 24 keluarga, Masjid Lama Kampung Gana Jati (115 orang daripada 40 keluarga) dan Masjid Kampung Tembidong-Bidong (dua orang daripada satu keluarga).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This