Pulau tandus kemerahan ini jadi tempat latihan manusia untuk ke planet Marikh

Dari Penulis

Pulau Lanzarote, salah satu pulau dalam kepulauan Canary yang berada di bawah Sepanyol. Dengan keluasan 845.94 kilometer persegi dan dihuni lebih 164 ribu penduduk, Lanzarote adalah pulau keempat terbesar di kepulauan ini.

Di tengah bahagian barat pulau ini terletaknya Taman Negara Timanfaya, antara tarikan utama di Lanzarote. Pulau ini telah diiktiraf sebagai kawasan simpanan biosfera oleh UNESCO pada tahun 1993.

Pulau Lanzarote.

Nama pertama yang direkodkan bagi pulau ini diberikan oleh ahli pemetaan, Angelino Dulcert, iaitu ‘Insula de Lanzarotus Marocelus’ yang diambil sempena nama penjelajah Genoa, Lancelotto Malocello. Nama Lanzarote yang diguna pakai pada hari ini berasal daripada nama tersebut.

Pulau Lanzarote sinonim dengan gunung berapi, padang lava, batuan dalam bentuk aneh bersama tanah hitam dan merah. Di bahagian timur pulau ini memang indah dengan pemandangan gunung ganang dan pantai berpasir putih keemasan.

Salah satu keadaan muka bumi di pulau ini.

Namun, ada sebuah kawasan di sini dengan pemandangan yang menakjubkan, yang terlihat seperti permukaan bulan dan planet Marikh. Permukaannya yang kasar dengan struktur tanah yang berbeza menjadikan ia seperti tanah gersang yang tandus.

Kelainan di pulau ini membuatkan pihak pengkaji angkasa lepas Amerika Syarikat (NASA) dan Agensi Angkasa Eropah memilih ia sebagai lokasi untuk para angkasawan belajar dan berlatih bagi persediaan menyesuaikan diri dengan angkasa lepas, terutamanya di kawasan Taman Negara Timanfaya.

Program praktikal di pulau ini telah diperkenalkan untuk para angkasawan mereka sejak tahun 2017, selain menjadi pusat latihan dalam misi manusia untuk meneroka Marikh kelak. Kumpulan penyelidik angkasa juga banyak datang ke sini untuk melakukan ujian dan praktikal berkaitan geologi.

Kawasan ini juga menjadi tempat percubaan untuk pendaratan kawalan, serta menguji kekuatan Mars Rover, jentera yang dibangunkan untuk mendarat di planet Marikh nanti.

Menjadi tempat latihan para angkasawan terutama dalam misi untuk sampai ke planet Marikh.

Pulau Yang Berisiko

Walaupun kelihatan unik, pulau ini sebenarnya agak berbahaya apatah lagi ia masih menunjukkan aktiviti gunung berapi yang aktif di dasarnya. Oleh itu, risiko berlakunya letupan gunung berapi adalah tinggi.

Pulau Lanzarote terbentuk sekitar tahun 1730 sehingga 1736 daripada letusan gunung berapi yang tidak pernah berhenti meletus dalam tempoh tersebut, sehingga ia membentuk kawasan baru dengan pertambahan 1.3 daripada keluasan asal.

Pada tahun 1824, gunung berapi meletus lagi selama 86 hari yang telah mengubah bentuk muka bumi pulau ini secara kekal seperti yang kita lihat pada masa sekarang.

Timanfaya adalah nama gunung berapi yang aktif di pulau ini yang bertanggungjawab membentuk sebahagian besar pulau Lanzarote. Selepas letusan besar pada tahun 1730, lebih seratus pusat letusan baru telah terbentuk, membentuk jaringan kawah yang disebut Mountains of Fire.

Taman Negara Timanfaya, rupanya seakan planet Marikh.
Pelbagai bebatuan unik di pulau ini menjadi lokasi ujikaji ahli geologi.

Disebabkan keunikan pulau ini, ia sering menjadi lokasi penggambaran filem berbajet besar. Antaranya seperti filem More Beautiful Than Any (1965), Journey to the Center of the Earth (1977), Broken Embraces (2009), Clash of the Titans (2010) dan Eternals (2019) dan banyak lagi. Malah, ia juga dijadikan lokasi pemandangan dalam filem Star Wars.

___

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya bukan main jin!” Tok Dewata bongkar rahsia seni persembahan ‘Main Teri’

Nama Tok Dewata kembali menjadi bualan hangat apabila seni persembahan Main Teri yang melibatkan beliau tular di media sosial.  Namun...

More Articles Like This