Amaran ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara hingga 9 malam

Dari Penulis

RIBUT petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). 

Ia melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Di Kedah, kawasan diramal mengalami cuaca berkenaan termasuk Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Keadaan sama diramal melanda Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Pekan dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Jelebu di Negeri Sembilan serta Johor (Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Selain itu, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau) dan Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) di Sarawak, manakala Sabah melibatkan Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This