Peniaga wanita gigit Penguat Kuasa DBKL direman polis

Dari Penulis

EMPAT individu termasuk seorang wanita yang mengigit anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) direman kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang wanita yang bertugas sebagai pegawai penguat kuasa DBKL, kelmarin.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 11.30 pagi, pengadu yang sedang bertugas di Jalan Benteng telah mengalihkan trak makanan yang menghalang lorong.

“Tindakan itu menyebabkan seorang wanita yang merupakan pemilik trak makanan menghalang tindakan pengadu lalu berlaku pergelutan antara mereka.

“Pengadu mengalami kecederaan dan luka akibat digigit. Wanita terbabit juga telah ditahan dan diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, pada pukul 10.08 malam, polis sekali lagi menerima laporan daripada pegawai penguat kuasa DBKL.

Katanya, semasa membuat rondaan penjaja di Masjid india, telah terima maklumat kekecohan melibatkan petugas DBKL dengan penjaja di hadapan sebuah premis perniagaan.

“Ketika melakukan penyuraian kekecohan, pengadu telah dirempuh secara kasar lalu terjatuh.

“Pihak polis telah dihubungi untuk mengambil tindakan dan seramai tiga lelaki tempatan berusia 15 hingga 39 tahun ditahan bagi siasatan lanjut,” katanya.

Semakan mendapati salah satu tangkapan mempunyai satu rekod lampau melibatkan dadah.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 186/ 323 Kanun Keseksaan.

Reman ke atas suspek wanita berusia 30 tahun itu dibenarkan selama dua hari sehingga Jumaat.

Sementara reman bagi tiga suspek lelaki dibenarkan selama tiga hari sehingga Sabtu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This