RR Raya Pop up store RR by Rizman Ruzaini tawar pengalaman beli-belah berbeza di IOI Mall Putrajaya sepanjang Ramadan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

MEMPERTARUHKAN kualiti dan rekaan terbaik dalam setiap penghasilan jenama ini, RR by Rizman Ruzaini terus menjadi pilihan penggemar fesyen tempatan.

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, RR by Rizman Ruzaini sekali lagi menjadi perhatian melalui barisan koleksi Empress dan basic kurung pleated yang bakal melengkapkan penampilan pelanggan setia jenama ini pada pagi syawal.

Dalam meraikan peminat jenama ini, RR by Rizman Ruzaini tahun ini juga turut menyediakan lokasi RR raya pop up store RR by Rizman Ruzaini yang terletak di IOI Mall Putrajaya bagi memberikan pengalaman berbeza buat pelanggan mereka.

Turut menarik perhatian, potongan harga sehingga 70 peratus bagi semua produk yang dijual di pop up store RR by Rizman Ruzaini.

Berkongsi mengenai usaha ini, menurut Rizman walaupun merupakan kali pertama pihaknya menyediakan pop up store RR by Rizman Ruzaini di pusat beli-belah itu, tetapi ternyata sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

“Kami memang mempunyai fizikal stor di dalam pusat membeli belah ini, tetapi ini adalah kali pop up store RR by Rizman Ruzaini dibuka di lokasi ini.

“Kami akan berada di sini selama sebulan, dan istimewanya terdapat potongan harga buat koleksi terdahulu dan terbaharu yang dijual. Jadi buat mereka yang menginginkan pengalaman membeli belah yang selesa boleh datang ke sini untuk mendapatkan produk RR by Rizman Ruzaini,” katanya kepada URTV.

Selain itu, koleksi RR by Rizman Ruzaini juga boleh didapati di Absolut Bazaar @ Mitec, Kuala Lumpur pada 21 Mac ini.

Sementara itu menjadi antara pelopor pakaian Syawal terutamanya kepada mereka yang menginginkan rekaan esklusif pada harga mampu milik, jelas Rizman walaupun jenama miliknya ini berbeza melalui segmen tersendiri namun RR by Rizman Ruzaini kekal menjadi antara segmen penting dalam perniagaanya.

“Saya tidak dapat nafikan sokongan yang kami terima terutamanya dari pelanggan RR by Rizman Ruzaini. Melalui perancangan yang telah kami sediakan tahun ini juga akan menyaksikan jenama ini menjalani perubahan tidak lama lagi.

“Saya yakin sudah sampai masanya RR by Rizman Ruzaini tidak sekadar menjadi pilihan pada satu-satu musim sahaja. Tetapi sepanjang tahun,”ujarnya.

Sementara itu tidak pernah menghampakan pelanggan setia mereka, tahun ini juga menyaksikan barisan koleksi Empress yang bakal melengkapkan penampilan penggemar jenama ini pada pagi syawal.

“Koleksi ini memang kami sediakan secara esklusif dan terhad. Inspirasinya tentunya adalah pelanggan kami sendiri, secara peribadi saya melihat mereka maharani, jadi Empress memang direka khas untuk melengkapkan penampilan mereka,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This