“Saya dan Bella pernah rapat dan kami sudah berdamai dengan takdir yang tak boleh diubah”.
Demikian kata pelakon Muaz Zabir ketika diminta mengulas mengenai hubungannya bersama penyanyi Bella Astillah yang kini dilihat semakin akrab dengan ahli politik, Syed Saddiq.
Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 28, memilih meneruskan kehidupan masing-masing dengan versi yang lebih baik.
“Masing-masing sibuk dengan kerja sampaikan kita tak tahu mereka boleh jadi fenomena.
“Saya dan Bella teruskan kehidupan masing-masing sebab kita nak kadi versi yang lebih baik.
“Saya dapat rasakan terdapat keserasian dalam kehidupan mereka. Tapi nak cakap lebih-lebih, saya tak tahulah.
“Saya mendoakan yang terbaik buat mereka. Saya dan Bella berada dalam fasa yang baik, tiada isu tak bertegur sapa atau bergaduh,” katanya kepada URTV.
Muaz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gerobok Biru Gempak Gempita Raya di ibu negara, hari ini.
Pada masa sama, Muaz yang juga pelakon drama Keluarga Itu mengiyakan pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan Bella.
“Saya tak pernah menafikan yang kami berdua pernah rapat dari awal kontroversi dulu.
“Malah, kenyataan pertama saya kepada semua netizen dan rakyat yang memang saya tak nafikan.
“Cuma, perkara itu sudah pun berlalu. Kami mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Itu sebaik ketentuan,” ulasnya.
Nama Muaz sebelum ini pernah dikaitkan rapat dengan Bella sehingga ada yang mendoakan agar mereka berdua ke jenjang pelamin.
Malah, Muaz juga tidak menolak andai jodohnya bersama Bella yang juga ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata.
Namun, ketika ini Bella dilihat lebih rapat bersama Syed Saddiq selepas dilantik sebagai duta jenama pakaian.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

