Pemuda UMNO sokong laksana semula sekatan perjalanan peminjam gagal bayar PTPTN

Dari Penulis

PEMUDA UMNO bersetuju sekiranya kerajaan melaksanakan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang culas bayar balik pinjaman.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata peminjam perlu bertanggungjawab dalam pembayaran hutang kepada PTPTN demi generasi akan datang.

“Kita ada tanggungjawab kepada generasi akan datang. Kalau mereka (yang culas bayar balik pinjaman) boleh pergi bercuti ke luar negara, takkan tak boleh bayar hutang, ini prinsip asas apabila berhutang,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Program Santai Moreh bersama Pemuda UMNO Perlis di Kangar malam tadi.

Baca artikel lain: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion – LKAN

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud di Dewan Negara semalam, bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam PTPTN gagal membayar balik pinjaman.

Mustapha Sakmud berkata, kaedah itu antara langkah dipertimbangkan bagi memperkasakan bayaran balik pinjaman dalam kalangan peminjam PTPTN.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tuntutan penempatan tetap Rohingya sentuh kedaulatan negara – Nurulhidayah

SEBARANG tuntutan yang mewajibkan Malaysia memberikan penempatan tetap kepada pelarian Rohingya disifatkan sebagai tidak wajar. EXCO Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad...

More Articles Like This