MIC yakin BN menang pada PRK DUN Ayer Kuning

Dari Penulis

MIC yakin Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan majoriti lebih besar.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, jentera parti sudah menjalankan gerak kerja sejak minggu lalu untuk berjumpa dengan penduduk di kawasan berkenaan.

“Kalau kita lihat di Parlimen Tapah, satu-satunya Parlimen yang tidak pernah kalah dalam empat penggal, maka hubungan kami dengan pengundi sangat intim selain sering mengadakan perjumpaan sekiranya ada masalah yang timbul.

“Soal calon, itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti dan kami bersedia untuk menghadapi PRK tidak kira siapa yang dicalonkan.

“Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga sudah menyenarai pendek calon yang akan dikemukakan dan keputusan akhir akan diumumkan tidak lama lagi.

“Biar siapa juga jadi calon, kita sudah bersedia untuk menghadapi PRK dan saya yakin kali ini kita akan menang dengan majoriti yang lebih besar,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media berkenaan debat dengan Zamri Vinoth, hari ini.

Baca artikel lain: Kerajaan perluas program jualan murah sempena Aidilfitri

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan, Ishsam Shahruddin, 59, yang dilapor meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, di Georgetown, sekitar 6 petang 22 Februari lalu.

Pada PRU15, Ishsam mewakili BN menang dengan 2,213 mejoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon Pakatan Harapan (6,875), Perikatan Nasional (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).

Mengulas mengenai Pas yang dijangka menurunkan calon dalam pilihan raya kecil kali ini, Saravanan menegaskan BN tidak akan memandang rendah kekuatan lawan.

“Sebelum ini kami pernah bertanding menentang PAS dan kami tahu kekuatan masing-masing namun kelebihan masih berpihak kepada BN dan yakin kemenangan tetap menjadi milik kita.

“Walaupun BN yakin akan menang besar, namun kami tetap akan bekerja keras sama seperti parti lain,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Krisis Timur Tengah perlihatkan dunia tak lagi boleh bergantung kepada bahan api fosil – PM

MASA hadapan sektor tenaga global menuntut anjakan pemikiran dan keberanian untuk meneroka penyelesaian baharu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

More Articles Like This