LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini

Dari Penulis

LEMBAGA Pertubuhan Peladang (LPP) menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, sasaran itu adalah untuk membuka mata golongan peladang, terutamanya usahawan muda untuk melihat peluang serta potensi dalam sektor pertanian.

“Sebelum ini, LPP memang telah dapat melahirkan sejumlah usahawan daripada golongan peladang yang berjaya, tetapi kali ini kita letak sasaran 5,000 usahawan. Tambahan pula, pendapatan dalam sektor pertanian hari ini sangat baik.

“Macam saya sebut sebelum ini, kadang-kadang ada pelajar universiti yang apabila sudah keluar, tidak ada kerjaya yang sesuai dengan pengajiannya, dia tidak tahu hendak buat apa. Jadi, sepatutnya mereka ambil peluang ini dan terlibat dalam kerja (pertanian) ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media, malam tadi.

Beliau berkata di bawah LPP, terdapat beberapa bantuan dan geran yang disediakan dalam usaha untuk membantu usahawan serta meningkatkan kapasiti pengeluaran hasil dan memperkasa projek ekonomi dalam sektor pertanian.

“Ada bantuan geran antaranya Geran Agriprentice yang sebanyak RM20,000 diberikan kepada setiap peserta dan ia fokus kepada pengeluaran pertanian, perkhidmatan, pemasaran dan peningkatan kemahiran selain Geran Agropreneur Muda (GAM) yang disasarkan kepada usahawan muda yang terlibat dalam sektor tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani dengan nilai bantuan antara RM30,000 sehingga RM50,000.

“Tetapi syarat untuk mendapatkan bantuan geran ini, mereka perlu menjadi ahli peladang. Banyak yang disediakan untuk memastikan peladang dan anak-anak peladang ini dapat diperkasakan lagi,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Perkukuh keyakinan rakyat: ATM laksanakan pelan PTPR

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan Pelan Tindakan Pembanterasan Rasuah (PTPR) ATM 2026-2030 bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi...

More Articles Like This