NAIB Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berpendapat pemulihan sokongan Melayu mesti lahir daripada pembaharuan, bukan pengelompokan.
Kenyataan itu sebagai reaksi kepada cadangan ‘kolaborasi agung parti Melayu-Islam’ oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.
Katanya, cadangan itu perlu diperjelaskan dengan lebih berhati-hati agar ia tidak disalah tafsir oleh rakyat sebagai langkah mengundur ke politik lama yang sedang cuba ditinggalkan bersama.
Mahfuz berkata, beliau faham kebimbangan Ahmad Zahid tentang sokongan Melayu dan keperluan memastikan kepentingan umat terus terpelihara.
“Itu adalah kebimbangan yang sah.Tetapi dalam suasana politik hari ini, rakyat Melayu bukan menuntut penyatuan slogan, mereka menuntut penyelesaian nyata tentang kos sara hidup, peluang ekonomi, integriti kepimpinan dan masa depan generasi baru melayu.
“Sebagai rakan dalam kerajaan, saya percaya pemulihan sokongan Melayu kepada UMNO dan kerajaan lebih meyakinkan jika digerakkan melalui pembaharuan dasar, prestasi pentadbiran dan kejujuran politik.
“Tetapi ia mesti bukan melalui pembentukan blok berasaskan identiti yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan rakan kerajaan dan masyarakat majmuk,” katanya.
Baca juga: Zahid dan BN hanya jadi bahan ketawa – Teik Cheng
Mahfuz menambah, Kerajaan Perpaduan wujud kerana semua sama-sama sedar bahawa Malaysia tidak boleh terus dibina atas politik pengelompokan.
Katanya, kekuatan Kerajaan Perpaduan hari ini ialah kesediaan untuk memerintah bersama, walaupun berbeza latar dan sejarah politik.
“Saya yakin Ahmad Zahid juga tidak akan membenarkan sebarang inisiatif walaupun dengan niat baik yang boleh mengaburkan komitmen bersama terhadap perpaduan nasional yang sedang kita bina dengan susah payah.
“Semoga sebarang bentuk kerjasama politik selepas ini dan apa jua namanya diletakkan di atas landasan kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya, bukan dibaca sebagai isyarat politik sempit yang boleh melemahkan keyakinan awam,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

