UMNO tidak akan kompromi pihak cuba cabar asas-asas kestabilan negara – Asyraf

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

UMNO memandang serius perkembangan semasa yang melibatkan isu-isu berkaitan sensitiviti keagamaan, perkauman dan Institusi Raja-Raja Melayu hingga mencetuskan kegelisahan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehubungan itu, parti keramat orang Melayu itu menyeru supaya seluruh rakyat kekal mempertahankan prinsip Rukun Negara dan keluhuran Perlembagaan.

Jelasnya, ia merupakan asas penting yang membina negara bangsa sejak merdeka, selain keindukan Islam dan Melayu-Bumiputera dalam sifat kemajmukan Malaysia mesti terus dipelihara.

“UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikai, meremeh ataupun mencabar asas-asas penting yang menjadi teras kestabilan negara.

Baca artikel lain: MAPIM lancar Iftar@Road2Haramain santuni jemaah haji, umrah

“Terutamanya kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, keistimewaan Melayu-Bumiputera tanpa sesekali menafikan hak kebebasan beragama dan berbudaya yang dijamin Perlembagaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, UMNO akan menggerakkan jentera dari seluruh Malaysia untuk membantu parti dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning, Perak.

Selain itu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan tarikh-tarikh untuk mengadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2025.

“Persidangan UMNO Cawangan: 7 April hingga 25 Mei 2025, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian: 9 Jun hingga 27 Julai 2025, Perhimpunan Agung UMNO: 20 Ogos hingga 23 Ogos 2025,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dakwa Muhyiddin ‘pengasas’ PN tahyul, perlu dihapuskan – Wan Saiful

KENYATAAN dikeluarkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah 'pengasas' Perikatan Nasional (PN) merupakan...

More Articles Like This