Kempen Kelayakan Piala Asia 2027: Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai lokasi perlawanan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERLAWANAN pertama skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski bagi kempen Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ia susulan permohonan daripada Persatuan Bola Sepak Seluruh Nepal (ANFA) untuk menukar perlawanan pada 25 Mac itu diadakan di Malaysia.

Manakala, perlawanan pada 18 November pula, FAM dimaklumkan ANFA berlangsung di Nepal berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Stadium Dasharath di Kathmandu masih sedang berjalan.

“FAM ingin mengesahkan bahawa perlawanan pertama skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski bagi kempen Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada Selasa, 25 Mac ini akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sepak mula jam 10:00 malam.

“Justeru FAM telah membuat keputusan untuk beraksi di SSI selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bagi menggunakan venue berkenaan sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya yang dicetuskan sendiri oleh Baginda,” katanya.

FAM menambah, tiket berharga RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak enam hingga 12 tahun akan dijual secara dalam talian di www.tickethotline.com.my bermula hari ini pada jam 10:00 pagi.

FAM berharap para penyokong Harimau Malaya dapat hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan menentang Nepal itu nanti biarpun ia berlangsung ketika bulan Ramadan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Urusan hutang punca pergaduhan tular di Jinjang Utara, 13 individu ditahan polis

PERTIKAIAN melibatkan urusan hutang dipercayai menjadi punca pergaduhan di Jinjang Utara, Kuala Lumpur, kelmarin dengan video kejadian itu turut...

More Articles Like This