Polis buru dua tahanan lari dari Mahkamah Kuching

Dari Penulis

POLIS sedang memburu dua lelaki tempatan yang melarikan diri daripada tahanan sah di Mahkamah Kuching kira-kira 11.30 pagi, 7 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee berkata kedua-dua lelaki itu dikenali sebagai Mohd Hissyalezwan Abd Zamri, 27, dari Kampung Hilir, Serian manakala Muhammad Nasrie Razali, 25, dari Kampung Baru, Kota Samarahan.

Beliau berkata kedua-dua tahanan terbabit masih dalam tempoh perbicaraan bagi kes di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan berkaitan samun berkumpulan tanpa senjata api.

“Mana-mana individu yang melindungi atau membantu kedua-dua suspek boleh didakwa di bawah Seksyen 225(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun serta denda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta segera menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Kanan ASP Chris Olsen Anak Ramlee di talian 013-8607572.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sambutan luar biasa, 6,613 unit MyKiosk berjaya diisi dan beroperasi sepenuhnya

SEBANYAK 6,613 unit atau 91.3 peratus daripada keseluruhan program MyKiosk yang telah dibina berjaya diisi dan beroperasi sepenuhnya sehingga...

More Articles Like This