INSIDEN seorang lelaki warga emas menampar seorang pemuda bukan Islam kerana makan di bulan Ramadan secara terbuka, tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan, umat Islam perlu bersikap ‘tabayyun’ (menyelidik sebelum bertindak) dalam menjaga keharmonian masyarakat.
“Islam mengajar kita untuk bersikap sabar, berakhlak mulia, dan menghormati hak setiap individu, terutama dalam masyarakat berbilang kaum.
“Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mengawal emosi dan menjaga hubungan sesama manusia,” katanya dalam kenyataan.
Mohd Na’im menyeru umat Islam untuk bersama membina masyarakat yang harmoni, berakhlak mulia, dan penuh dengan nilai kasih sayang, selaras dengan ajaran Islam yang membawa rahmat kepada sekalian alam.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai insiden seorang lelaki warga emas menampar individu yang sedang makan di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru.
Siasatan awal mendapati tindakan warga emas itu adalah satu kesalahan kerana individu yang ditampar berkenaan bukan beragama Islam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

