Cubaan 45 warga asing bolos masuk Malaysia melalui KLIA gagal – AKPS

Dari Penulis

SEBANYAK 45 warga asing ditolak kemasukan ke negara ini kerana gagal memenuhi syarat dalam operasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan media memaklumkan sebanyak 115 warga asing telah diperiksa dalam operasi selama tiga jam bermula 9 pagi yang tertumpu di balai ketibaan antarabangsa.

“Hasil pemeriksaan mendapati 36 warga Bangladesh dan sembilan lelaki Pakistan dikesan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

AKPS memaklumkan setelah siasatan, pihak berkuasa memutuskan individu terbabit tidak dibenarkan mendarat.

Menurut agensi itu operasi berkenaan bertujuan memastikan pematuhan terhadap Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen (ATKPI), Arahan Pentadbiran dan arahan-arahan semasa yang berlangsung dalam keadaan terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

AKPS memaklumkan agensi itu terus komited dalam memastikan kawalan keselamatan dan pematuhan terhadap peraturan imigresen di KLIA sentiasa dipertingkatkan.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This