TIGA warga asing berusia 48 hingga 50 tahun ditangkap selepas didapati meminta sumbangan derma dari orang awam yang berada di kawasan Terminal KLIA.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, tangkapan dibuat pada jam 2 petang di sekitar Terminal KLIA pada 9 Mac lalu.
Jelas beliau, tangkapan melibatkan satu lelaki dan dua wanita warganegara asing.
“Semakan lanjut mendapati individu yang ditahan adalah individu yang telah viral didalam aplikasi Tik Tok yang menyasarkan orang awam untuk meminta sumbangan derma sebelum ini.
“Semakan lanjut mendapati individu yang ditahan adalah individu yang telah viral didalam aplikasi Tik Tok yang menyasarkan orang awam untuk meminta sumbangan derma sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Ravi berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati ketiga-tiga individu tersebut meminta sumbangan derma dari warga asing yang lain dengan memberi alasan untuk membeli makanan dan keperluan diri.
Katanya, siasatan lanjut juga mendapati ketiga-tiga individu tersebut tiba di Terminal KLIA dari Pusat Peranginan Genting Highland dan memaklumkan telah kehabisan wang tunai.
Menurutnya, kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 28 (g) Akta Kesalahan Kecil 1955 Seksyen 39 (b) Peraturan Peraturan Imigresen 1963.
“Orang ramai khususnya semasa berada di Terminal KLIA 1 dan KLIA 2 diminta agar berhati-hati jika dihampiri oleh individu yang tidak dikenali yang boleh menyebabkan menjadi mangsa penipuan dan dinasihtakan membuat laporan polis,” katanya.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

