Perak terus laksana solat hajat keselamatan rakyat Palestin

Dari Penulis

SEMUA masjid di seluruh Perak akan terus melaksanakan solat sunat hajat bagi mendoakan kesejahteraan serta keselamatan rakyat Palestin, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata, ia boleh dilaksanakan selepas solat Jumaat atau tarawih dan perkara yang baik ini sebenarnya tidak perlu menunggu arahan atau saranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk melaksanakannya.

“Saya juga pernah beberapa kali solat Jumaat atau tarawih ada dianjurkan (solat hajat) atau imam membaca doa Qunut Nazilah dan dalam doa itu kita juga memohon Allah melindungi rakyat Gaza dan beberapa tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan juadah hari raya sumbangan kerajaan negeri kepada pasukan beruniform di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini.

Baca artikel lain: Malaysia kecam pembunuhan, Israel laksanakan misi Trump di Gaza

Sebanyak 10,500 bungkusan berisi rendang tok, nasi himpit, kuah kacang, sambal ikan bilis goreng serta serunding disediakan lebih 200 petugas antaranya kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA).

Juadah raya ini diagihkan antaranya kepada anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, 69 Komando Pasukan Gerakan Khas, Akademi Tentera Udara Perak, Pasukan Polis Marin Kampung Acheh Sitiawan, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan Markas 2 Briged.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini memaklumkan masjid dan surau di bawah seliaan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan melaksanakan solat hajat hingga akhir Ramadan sebagai tanda solidariti dan doa buat rakyat Palestin.

Beliau berkata serangan udara terbaru Israel di Gaza yang mengorbankan lebih 400 nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak manakala 562 lagi cedera ternyata mengingkari perjanjian gencatan senjata dan dikutuk sekeras-kerasnya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiada kos tambahan LRT3 walaupun lewat siap, kontraktor dikenakan denda RM2.729 juta sehari – Loke

KERAJAAN menegaskan projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) tidak membabitkan sebarang pertambahan kos meskipun berlaku kelewatan menyiapkan...

More Articles Like This