Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lima jam, sempat ucap ‘Selamat Hari Raya’

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas kira-kira lima jam memberi keterangan buat kali keenam hari ini.

Ahli Parlimen Bera itu keluar dari Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya itu pada pukul 3.05 petang tadi.

Memetik laporan Astro Awani, Ismail Sabri menurunkan tingkap kereta untuk menyantuni pengamal media yang berkampung di luar bangunan menantikan kepulangan beliau.

“Selamat Hari Raya,” ujar Ismail Sabri secara bersahaja sambil melambai kepada petugas media.

Ismail Sabri berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan hadir semula untuk memberi keterangan, esok.

Setakat ini masih belum ada maklumat daripada pihak SPRM mengenai status siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, beliau sekali lagi hadir bagi memberi keterangan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.

Baca artikel lain: Ismail Sabri tiba di SPRM beri keterangan buat kali ke-6

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM itu kira-kira pukul 10 pagi tadi buat kali keenam.

Beliau disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dilaporkan berkata beberapa fail baharu dibuka berhubung siasatan terhadap Ismail Sabri susulan maklumat dan hasil risikan terbaharu pihaknya.

Pada 3 Mac lalu, Azam berkata, Ismail Sabri ialah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di dalam sebuah ‘safe house’ hasil serbuan badan antirasuah itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This