Jurujual Seadayak dimaki kerana 50 sen, polis buka kertas siasatan

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang jurujual wanita dimaki pelanggan di sebuah kedai ais krim dekat Seksyen 7 Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa iaitu seorang wanita berketurunan Iban Seadayak pada pukul 8.42 malam semalam.

Beliau berkata, suspek seorang lelaki Melayu telah datang ke kedai bersama keluarga untuk membeli ais krim strawberi berharga RM6.50.

“Suspek kemudian telah memberikan wang tunai sebanyak RM10.

“Berlaku perselisihan faham ketika mangsa meminta syiling 50 sen daripada suspek kerana tidak mempunyai baki di dalam mesin wang.

“Suspek kemudian telah menyindir mangsa kerana meminta wang syiling tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa telah bertindak menutup mesin wang dengan kuat dan menyebabkan suspek tidak berpuas hati lalu memarahi dan menghina mangsa dengan kata-kata kesat.

Kejadian tersebut telah dileraikan oleh rakan mangsa dan suspek kemudian telah beredar setelah urusan pembelian selesai.

“Siasatan mendapati mangsa telah menghantar video rakaman kejadian kepada ahli keluarga sehingga menyebabkan individu tidak bertanggungjawab menularkan rakaman tersebut di media sosial,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504/509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Siti Mahanira Mahat di talian 0176444895.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ismael Saibari jadi wira, Maghribi kecewakan Belanda langkah ke pusingan 16

MAGHRIBI meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 selepas berjaya menewaskan Belanda 3-2 dalam penentuan sepakan penalti,...

More Articles Like This