ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan hingga 4.15 petang susulan beberapa insiden kemalangan yang berlaku akibat peningkatan jumlah kenderaan sempena Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata setakat 4.15 petang, trafik semakin padat di sekitar Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bagi laluan E1 dan E2 di kedua-dua arah serta di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).
“Di Lebuhraya PLUS E1 arah utara, trafik perlahan dari Bukit Lanjan ke Hospital Sungai Buloh, Rawang Selatan ke Rawang, dan dari Sungkai ke Sungai Bidor ekoran kemalangan di Kilometer (KM) 341.6 yang menyebabkan lorong kecemasan terhalang.
“Bagi arah selatan pula, trafik turut perlahan dari Permatang Pauh ke Perai,” katanya.
Baca artikel lain: Aliran trafik di Gua Musang mulai sesak di pintu masuk sempadan
Sementara itu, di Lebuh raya PLUS E2 arah utara, trafik bergerak perlahan dari Pasir Gudang ke Kempas dan dari Pulai ke Sedenak akibat kemalangan di KM40.9 yang menghalang lorong kanan dan lorong kecemasan, mengakibatkan kesesakan sepanjang 16 km.
Jurucakap itu turut memaklumkan berlaku kesesakan dari Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Pusat Bandar Kuala Lumpur.
“Di Lebuhraya KLK, trafik perlahan arah timur dari Plaza Tol Gombak ke Lentang namun aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 masih lancar,” katanya.
Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan akaun X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta akaun X @llmtrafik.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

