Kebakaran Putra Heights: Bekalan tenaga tidak terjejas setakat ini, kata Fadillah

Dari Penulis

BEKALAN tenaga di Semenanjung Malaysia tidak terjejas setakat ini berikutan insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights, Selangor semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata walaupun sebahagian daripada jumlah jana kuasa di Semenanjung Malaysia menggunakan gas, laporan yang diterimanya setakat ini menunjukkan bekalannya masih stabil.

“Sebahagian daripada jana kuasa kita memerlukan gas, dan gas ini apabila berlaku kebocoran, sebahagian saliran dan aliran gas ditutup … jadi, ia mungkin akan menjejaskan bekalan tenaga.

“Tetapi, laporan yang saya terima setakat ini alhamdulillah (bekalan gas masih stabil),” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka anjuran beliau di Petra Jaya, Kuching hari ini.

Baca artikel lain: Kebakaran Putra Heights: 111 terima rawatan di hospital, 13 dirawat di zon merah

Beliau berkata, tempoh seminggu ini adalah kritikal bagi memastikan bekalan tenaga kekal stabil dengan merangka langkah alternatif sekiranya gas tidak dapat dibekalkan kepada jana kuasa yang terlibat.

“Langkah seterusnya yang kita ambil adalah untuk menghidupkan jana kuasa yang lama bagi memastikan bekalan tenaga di Lembah Klang khususnya, tidak akan terjejas,” katanya.

Fadillah berkata, susulan insiden itu, kementeriannya menerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah mula menjalankan audit integriti terhadap infrastruktur bekalan elektrik di kawasan terjejas.

“Setakat ini, kabel kita tidak terjejas. Kalau kabel terjejas sudah pasti terputus bekalan elektrik … kita sedang memantau yang lain untuk memastikan integriti keseluruhan infrastruktur tidak terjejas,” katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa dalam bencana yang tidak diduga itu dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengumumkan beberapa bantuan bagi meringankan beban mereka yang terjejas.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This