SERAMAI 111 mangsa mendapatkan rawatan di hospital susulan susulan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya semalam dengan 13 daripadanya berada di zon merah.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat daripada jumlah itu, 55 mangsa menerima rawatan di zon kuning manakala 43 lagi kategori zon hijau.
“Seramai 75 orang menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah Serdang dan Hospital Cyberjaya manakala 36 mangsa mendapatkan rawatan di hospital lain, antaranya Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh,” katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Subang, hari ini.
Baca artikel lain: Kebakaran Putra Heights: Pejabat Parlimen Puchong sumbang RM1,000 mangsa di dua kampung terjejas
Wan Azlan berkata, setakat ini seramai 529 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara iaitu di Dewan Masjid Putra Heights yang melibatkan 485 orang daripada 110 keluarga manakala 44 orang daripada lapan keluarga lagi berteduh di Dewan Serbaguna MBSJ (Camelia).
Beliau berkata sebanyak 235 premis serta 399 buah kenderaan terjejas dalam kejadian itu.
“Setakat ini polis menerima 59 laporan, antaranya berkaitan rumah dan kenderaan terjejas, kecederaan serta isu tanah,” katanya.
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kebakaran pa0da 8.10 pagi semalam berlaku di saluran paip utama Petronas Gas Bhd (PGB).
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

