Kebakaran Putra Heights: PN Selangor tuntut siasatan terperinci, cadang Petronas bayar ganti rugi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) Selangor menuntut Kerajaan Negeri Selangor mengambil tanggungjawab dengan menjalankan siasatan bebas, terperinci dan telus berhubung kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, semalam.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, laporan siasatan mesti mengemukakan syor-syor dan langkah-langkah pemantauan serta pemeriksaan di sepanjang jajaran paip gas secara berkala.

Beliau menegaskan, langkah tersebut bagi menjamin keselamatan rakyat khususnya penduduk-penduduk di kawasan berdekatan.

Pada masa sama, Mohamed Azmin yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menegaskan, laporan tersebut mesti dibentangkan dan dibahaskan dalam Sidang DUN.

“Keutamaan PN adalah untuk menjamin keselamatan dan nyawa rakyat.

“Justeru itu, selaku Ketua Pembangkang, saya mendesak Menteri Besar Selangor untuk segera mengeluarkan notis kepada Speaker DUN Selangor memanggil Sidang Khas DUN bagi membincangkan perkara berkepentingan awam iaitu insiden kebakaran saluran paip gas yang telah mencederakan ratusan rakyat dan memberi tekanan emosi kepada banyak pihak.

“Sidang Khas mesti dipanggil serta-merta mengikut Perkara 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Kebakaran Putra Heights: Warga emas melecur terpaksa berkaki ayam atas jalan panas

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin turut berpandangan bahawa Petronas sewajarnya membayar ganti rugi kepada semua mangsa yang mengalami kecederaan dan kerugian.

Selain itu, kata beliau, satu task force yang mempunyai talian terbuka juga mesti ditubuhkan segera untuk mengumpul data dan maklumat mangsa termasuk jumlah kerugian dan kecederaan.

Menurut Mohamed Azmin, task force itu bertanggungjawab memberi nasihat kepada Petronas untuk memberikan ganti rugi yang berpatutan kepada semua mangsa sebagai penyelesaian yang adil dan berperikemanusiaan.

“Sesungguhnya kejadian yang berlaku ini adalah satu malapetaka apatah lagi jika ia berpunca daripada kecuaian dan kegagalan pihak bertanggungjawab untuk menjamin pembangunan yang berkualiti dan keselamatan buat rakyat negeri Selangor.

“Kejadian ini menimbulkan persoalan serius mengenai tahap pematuhan dan penguatkuasaan dalam aspek keselamatan terutama di tapak pembinaan.

“Kerajaan negeri perlu mengkaji semula semua prosedur dan kaedah kelulusan untuk projek pembangunan yang berhampiran dengan jajaran saluran paip gas di negeri Selangor,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu lori dijel sehari, denda RM8,000 selepas tunjuk isyarat lucah dan pandu berbahaya

MAHKAMAH Majistret Balik Pulau hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama sehari, denda RM8,000 selain lesen memandu digantung selama lima...

More Articles Like This