POLIS mengesahkan terdapat aktiviti pengorekan tanah di sekitar lokasi sebelum insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya yang berlaku pada 1 April lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata aktiviti itu membabitkan kerja penggantian paip kumbahan yang terletak kira-kira 30 meter dari lokasi letupan.
“Polis dah kenal pasti pemaju, kontraktor, sub kontraktor, pekerja-pekerja yang terlibat yang mengggunakan dua jentera, satu ‘backhoe’ dan satu lagi ‘excavator’, yang digunakan untuk mengorek tanah kawasan itu untuk menggantikan paip kumbahan sedia ada dan kerja-kerja tersebut telah dihentikan pada 30 Mac lalu.
“Hasil daripada siasatan pihak polis mendapati, salah satu ‘excavator’ yang diletakkan di lokasi turut terbenam dalam lubang itu.
“Adakah aktiviti itu boleh menyebabkan letupan?, ia adalah satu perkara yang perlu disiasat lanjut untuk mengenal pasti perkara yang lain, maklumat yang perlu dikumpulkan apabila kita menggali lubang itu untuk mendapatkan maklumat fizikal yang lain yang boleh merumuskan adakah aktiviti itu boleh menyebabkan letupan membabitkan paip gas itu,” katanya memetik laporan Buletin TV3.
Tambahnya, pihak polis memerlukan masa lagi untuk menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian, memandangkan kawasan itu masih belum stabil.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

