Nahas Terowong Menora: Polis akan rakam keterangan suami mangsa

Dari Penulis

Polis akan merakam keterangan suami mangsa kemalangan maut di Kilometer (KM) 264 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora di Ipoh pada Ahad lepas, dalam masa terdekat.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata lelaki berusia 29 tahun itu, telah dibenarkan keluar dari hospital dan keterangannya akan diambil bagi membantu siasatan.

“Keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kita akan menghubungi lelaki itu bagi melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kemalangan di KM264 arah selatan itu menyebabkan seorang wanita Nur Fatihah Badrul Hisyam, 25, yang hamil lapan bulan dan anaknya berusia dua tahun Naira Falisya Abdul Rahman meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka terbabas.

Naira Falisya maut di lokasi kejadian manakala Nur Fatihah disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun. 

Berdasarkan video nahas yang tular di media sosial, Nur Fatihah juga dilanggar sebuah kenderaan namun pemandu itu didakwa tidak berhenti untuk membantu mangsa, sebaliknya meneruskan perjalanan. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This