Jeritan isteri selamatkan pasangan daripada disamun 2 lelaki berparang

Dari Penulis

JERITAN kuat seorang wanita berjaya menyelamatkan dirinya dan suami daripada disamun dua lelaki bersenjata parang dalam kejadian di sebuah kediaman dekat Seksyen16, Bandar Puncak Alam, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya telah menerima laporan yang dibuat oleh pengadu seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 11 malam itu, pengadu yang berada di rumah telah melihat kelibat dua lelaki berbangsa tidak pasti berada di belakang rumah dengan berpelitup muka dan berparang.

“Suspek bertindak mengacukan parang ke arah pengadu dan isteri.

“Jeritan isteri pengadu meminta tolong telah menyebabkan kedua-dua suspek melarikan diri.

“Polis juga telah menerima dua laporan berhubung kejadian sama di kawasan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Kes disiasat di bawah Sekysen 393 Kanun Keseksaan.

Mohd Hafiz berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman video berkenaan kejadian diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Hafiz Seleman di talian 016-4507492.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kisah ‘ini kalilah’ Tangkak dan panglima mencatur permainan

BARU-BARU ini saya pulang ke kampung di Melaka, saya keluar ikut tol Tangkak, Johor. Keluar dari tol, saya menghala ke...

More Articles Like This