Dua lelaki termasuk warga Bangladesh maut dalam kemalangan tiga kenderaan 

Dari Penulis

DUA  lelaki termasuk seorang warga Bangladesh maut manakala tiga individu warga tempatan cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM403 arah selatan dari Tanjung Malim ke Lembah Beringin di Lebuhraya Utara Selatan, Hulu Selangor tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata lelaki berusia 51 tahun yang juga pemandu lori Mitsubishi Fuso meninggal dunia di Hospital Slim River manakala kelindannya yang juga warga Bangladesh berusia 30 tahun maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Rush bergesel dengan lori Mitsubishi Fuso yang membawa muatan jagung, menyebabkan lori berkenaan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi lori jenis Scania,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Asri berkata pemandu Toyota Rush berusia 18 tahun dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan, manakala dua lagi mangsa iaitu penumpang kereta berkenaan berusia 52 tahun dan pemandu lori Scania berumur 26 tahun mengalami cedera ringan.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.27 tengah hari dan kemalangan membabitkan sebuah lori treler, lori tiga tan dan sebuah kereta jenis Toyota. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This