Rush bergesel lori muatan jagung punca dua maut kemalangan – polis

Dari Penulis

SEBUAH kenderaan utiliti sukan (SUV) bergesel dengan lori bermuatan jagung dipercayai menjadi punca kemalangan maut di Kilometer 403 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Lembah Beringin, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kemalangan membabitkan dua buah lori dan SUV itu pada pukul 1.10 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati Toyota Rush telah bergesel dengan lori jenis Mitsubishi Fuso membawa muatan jagung sebelum hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Lori kemudian telah bertembung dengan sebuah lori kontena membawa muatan air isotonik.

“Kelindan lori jagung iaitu seorang lelaki berusia 30 tahun telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemandu lori jagung iaitu lelaki berusia 51 tahun telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital pada pukul 3.10 petang.

Jelasnya, pemandu Rush iaitu lelaki berusia 18 tahun telah dikejarkan ke Hospital Slim River kerana mengalami kecederaan dan pemandu lori kontena iaitu lelaki berusia 26 tahun mengalami cedera ringan di tangan kanan.

“Sementara penumpang Rush berusia 52 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Mohd Asri berkata, kesemua kenderaan terlibat telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This