Pelajar kolej maut kemalangan enam motosikal

Dari Penulis

SEORANG pelajar kolej maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan membabitkan enam motosikal di Kilometer 28.3 Lebuhraya Seremban-Port Dickson, arah ke Port DicksonĀ pada 3.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Maslan Udin berkata kejadian itu melibatkan enam penunggang motosikal berusia antara 17 hingga 20 tahun dari arah Seremban ke Port Dickson.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila sebuah motosikal telah melanggar belakang motosikal di hadapannya, menyebabkan kesemua penunggang hilang kawalan dan bertembung antara satu sama lain.

“Akibat kemalangan itu, seorang penunggang lelaki berusia 18 tahun disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepalaĀ manakala lima lagi mangsa mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maslan berkata pihak polis menyeru ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak serta memastikan mereka menunggang motosikal secara sah dan berhemah.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ā€˜shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ā€˜Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ā€˜shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: LayariĀ utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ā€˜Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diĀ TikTok,Ā Facebook,Ā Twitter,Ā InstagramĀ &Ā Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This